main |
sidebar
MAHKAMAH HATI
BUKANKAH
kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah?
Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan
dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan
kesalahan.
Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada الله.
Mahkamah
pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi,
pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan
kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan.
Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula
terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang
muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja
sering di gilis.
Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya الله
yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah
pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun
bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti
kerana apa yang ada pada diri akan “hidup” untuk menjadi saksi. Kulit,
tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya “body” yang
kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan
di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.
Ketiga ialah
mahkamah HATI. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah HATI sendiri. HATI
kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya.
Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia.
Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar
pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan. Ya, dosa boleh
disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu
disembunyikan daripada الله dan HATI sendiri.
Kita mungkin mampu
menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu الله dan diri
sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika
dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah HATI? Setiap masa, setiap ketika
dan di setiap suasana HATI kecil akan bersuara. Tidak tega dengan
kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran. Dosa itu derita. Kerana yang
salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa
hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran’. Pertama, perlanggaran ke
atas fitrah HATI yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap الله, zat yang
Maha Tinggi.
Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut
ketenangan. Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan
membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan الله, yang dengannya
seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan
kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan
harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan,
diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi
kebahagiaan dan ketenangan.
Jadi, HATI-HATI menjaga HATI, agar
HATI itu tidak mati! Rasulullah صلی ﷲ علیﻪ و سلم sangat arif tentang
hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa?
Baginda menjawab:
♥ ♥ ♥ ♥ “Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan HATI kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya.”
Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak.
Kata
ulama, mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, tidak akan ada siapa
yang sudi mendekati kita. Justeru, sering-seringlah bersidang di
mahkamah HATI. Selalulah bertanyakan HATI kecil sendiri.
HATI ITU TIDAK AKAN BERDUSTA SELAGI IA TIDAK MATI !

0 komentar:
Posting Komentar