السلام عليكم ورحمةالله وبر كاته selamat datang di blog saya,mohon maaf jika ada kekurangan,kesalahan dan kelebihannya yang datangnya dari saya dan kesempurnaan hanya milikNYA...^_^ selamat membaca dan silahkan pilih NASYID yang anda suka ^_^ semoga bermanfaat

Selasa, 12 April 2011

nasehat Ayah

kehidupan ini adalah kehidupan yang serious .. kerana ia akan menentukan kemana tempat tinggal abadi kita. Tapi umat Islam, mengambil sikap sambil lewa ...

Firman2 ALLAH di dalam al Qur’an adalah serious, ancaman AL...LAH adalah serious ... Tapi kelalaian menjadikan manusia, dan umat Islam tidak pandang semua ini sebagai serious ... Dimanakah kita letak al Qur’an di dalam kehidupan kita?

Umat Islam tidak ada pilihan, untuk mendapat syurga sekaligus bantuan ALLAH di dunia, baik sebagai individu, kumpulan atau jema’ah, atau masyarakat, kita kena jadikan taqwa sebagai pakaian kita.

Setiap detik dalam kehidupan kita, setiap gerak kita, taqwa menjadi neraca kita, ... mendahulukan orang lain, tidak mementing diri, kasih sayang, menolong, berbudi bahasa, ma’af mema’afkan, dll ... didalam manhaj syari’ah, justu untuk mencari dan mendapat redha ALLAH, atas cinta kita pada ALLAH dan RasulNYA, untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang ALLAH ..

Ya, target kita tinggi ... kerana syurga ALLAH bukan untuk orang biasa, hanya orang2 yang special saja dapat masuk syurga ALLAH ... Orang2 yang di dalam kehidupan mereka tidak dilalaikan ... dan akhlaq ini berterusan hingga apabila di Syurga kelak orang2 special ini tidak lalai dan lagha., tidak suka mendengar perkataan yang sia-sia, dan tidak suka mendengar perkataan2 dosa, ... mereka senang dengan sikap ini di dunia, dan di Syurga ...

Firman ALLAH, di dalam Surah Al Waqi’ah (artinya):

56:25 Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa,

56:26 Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).

Sejarah menunjukkan apabila umat Islam sentiasa mengawal, mengawas, melaksanakan tuntutan Islam atas dasar taqwa, ALLAH akan beri pertolongan dan bantuanNYA. Dan begitu banyak firman2 ALLAH yang Ayah telah masukkan di dalam komen Ayah pada Nota ini, dan, secara kasar nisbahnya adalah 1:9. Ya, apabila kita, berada dalam ketaqwaan, pertolongan ALLAH diberi berlipat ganda:

:::: “Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.” (Al Anfal: 65)

Halijah, kalau nak tulis lagi, dah jadi panjang, kerana ini hanya komentar. Sebagai penutup, dibawah ini diberi contoh diambil dari laman2 web, mereka2 yang ALLAH bantu menjadikan mereka2 ini special, dikagumi, manusia ‘luar-biasa’:

1. Imam Al Ghazali
Umurnya pendek sahaja iaitu sekitar 54 tahun. Beliau mula mengarang selepas sahaja habis bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syam (Syria). Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Ertinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur iaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh yang agak susah difahami).

Cuba anda fikirkan, bolehkah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun boleh menghasilkan 300 buah kitab-kitab tebal, kalau bukan kerana dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang terus jatuh ke hati dan terus ditulis. Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sepertimana profesor-profesor sekarang, dalam masa empat tahun baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku. Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, ertinya kalau 14 tahun dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bezanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.

2. Imam Sayuti

Umurnya juga pendek, hanya 53 tahun. Beliau mula mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam masa hanya 13 tahun dapat menghasilkan sebegitu banyak kitab. Ertinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi perbahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu. Antara kitabnya yang terkenal Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan Hadis), Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil dan lain-lain lagi. Kalaulah beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam masa 13 tahun dapat menulis 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab.

3. Imam Nawawi

Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, iaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat berkahwin tetapi banyak mempusakakan kitab-kitab karangannya. Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab fekah. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang 3 kilogram, yakni kitab fekah yang sangat tebal. Selain itu termasuklah kitab Riadhus Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi. Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun. Mungkin memakan masa 10 tahun. Ini bererti dia mula mengarang semasa berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar lagi. Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa! Biasanya orang jadi pengarang kitab di penghujung usianya.

4. Salehuddin Al Ayubi

Setelah Palestin ditawan oleh umat Islam di bawah Sayidina Umar, ia kemudiannya jatuh ke tangan orang kafir selama dua ratus tahun sebelum dirampas semula oleh Salehuddin Al Ayubi. Di medan perang, di tengah malam, Salehuddin bangun melihat khemah tenteranya. Di kebanyakan khemah, tenteranya beribadah ma-lam tetapi ada satu khemah yang tenteranya tidur. Jadi selepas subuh dia berkata, “Saya sudah nampak kemenangan untuk kita. Dengan syarat khemah yang tidak bangun beribadah malam tadi, jangan pergi berperang. Takut terhijab.” Maka pergilah tenteranya berperang dan menawan Palestin. Itukan bantuan bersifat ghaib.

:::: “Bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajar kamu. ” (Al Baqarah: 282)

  •  
  • 0 komentar:

    Posting Komentar

    Design by Zulfa Visit me on Facebook